Monday, April 13, 2015

Semoga kita bertemu disana

Tatapan matanya mesra menyapa pandangan ku, senyumannya ikhlas seakan segalanya akan diberikan pada ku. Dalam mencari cinta sejati, dia menjadi lelaki sejati yang ingin menyunting ku menjadi suri di hatinya. Dalam ramai-ramai yang mengusik, dia diam menjadi pemerhati, tetapi tidak tahu sejak bila dia berani mengatur langkah. Termeterai ikatan suci antara aku dan dirinya, menjadi miliknya, disayangi, dilayan selayak seorang isteri. Aku pun begitu, berlahan-lahan meletakkan kepercayaan dalam dirinya. Dia punya angan-angan, ingin meihat aku bahagia katanya. Apa lagi yang aku minta dari insan yang tulus mencintai aku. Dari motor, dia berikan aku kereta, dari tiada tempat berteduh, dia menanam hasrat untuk melihat aku ada istana sendiri. Perkahwinan kami diuji, bila tiada zuriat, dan bila benihnya hanya sempat menumpang dirahim ku pada jangka waktu yang singkat, bukan rezeki katanya. Airmata menitis, tangannya yang hangat mengesat airmata, menanam semangat, Allah cuba menguji. Sungguh, aku mencintainya. kehidupan kembali normal, usia perkahwinan hampir 3 tahun itu ku rasa seakan baru 3 bulan. Pada hari biasa, Matahari masih terbit di ufuk yang betul, rembulan masih menyinar, dan dia tiba-tiba sahaja jatuh sakit. Aku sedapkan hati, enakkan jiwa yang kacau, ah, masih muda lagi andai ajal menjemput, 27 tahun. Ia, 27 Tahun umur kami berdua. Yang aku fikir, tidak sama dengan rancangan Allah, Allah menjemput dia tiba-tiba membuat aku tersentak. Allah! hati ku robek, bila dia yang paling menyayangi pergi, aku buntu. tiba-tiba, tiada angin, tiada ribut, sakit yang ku anggap biasa, itu yang menjadi punca dia pergi.. kini, senyumannya kaku, kulitnya pucat, matanya yang lembut menyapa ku, tertutup erat.. tekak ku terasa perit, pahit! jangan.. jangan.. jangan..... tolong jangan pergi, aku masih belum sempat menjadi isteri mu yang sempurna. belum aku berikan engkau zuriat yang boleh mengirimkan kita berdua doa bila sudah pergi nanti. Abang, nanti dulu... tapi panggilan ku tidak bersahut. aku genggam erat tangan itu, kenapa tangan itu tidak membalas genggaman ku. semua orang menangisi kepergian mu, kau yang baik, kau yang ramah, kau yang mesra.. izinkan aku menyimpan cinta dan kenangan mu walau diri mu sudah pergi. Aku ucapkan terima kasih yang tidak terkira kerana sudi menjadikan aku wanita paling bahagia yang bergelar isteri mu. Halalkan makan minum sayang, abang.. semoga bertemu kita sana...



P/S: khas buat Abang Thoya. 11/4/2015.  Aku bukan merujuk kepada penulis. sekian.

Saturday, March 22, 2014

Dia pernah wujud.. part 1

“kalau datang cahaya.. dimana perginya gelap?” soalan itu masih bermain-main difikiran ku walau sudah bertahun aku tidak bertemu dirinya. Perasaan bersalah masih jelas terbuku dihati ku. Aku masih ingat, selepas aku memberikan surat, petang itu aku ke pantai mencari ketenangan. Cuaca cerah tidak secerah hati ku, hembusan bayu yang lembut menyapa tubuh ku tidak dapat menenangkan kekacauan jiwa ku. Demi Tuhan, aku menyesal..

Perhubungan yang aku dengan dia yang dimulakan dengan sekadar kawan sekelas.. menjadi sahabat dan seterusnya aku bertepuk sebelah tangan merasai cinta yang merosakan persahabatan itu. Tipulah kalau rasa jangal tidak pernah wujud.. tapi aku pelik, sebenarnya… perasaan itu tidak pernah terluah adakah melalui tindak tanduk ku, dia sudah dapat meneka? Hurm.. dia memang bijak.

Dalam dunia ini, aku memandangnya sepi, jauh sekali untuk tersenyum bahagia kerana persoalan kian terdetik dihati saat senyuman ingin terukir.. “aku bahagiah ka?” bodoh. Aku mensia-sia kan hidup ku selama 20 tahun.. bertanya tentang kebahagiaan.. bertanya tentang perasaan bahagia itu seperti apa? Sehingga aku bertemu dia.. dia yang membuka mata ku seluas mungkin, mengajar aku tentang erti bahagia.. mengajar aku berjalan di atas jalan yang aku sendiri tidak tahu ianya wujud.. terima kasih pada orang itu.. terima kasih…
Kalau ini yang dinamakan cinta, maka aku mencintai dia.. kalau ini yang dinamakan sakit.. maka aku berpenyakit.. kalau ini yang dinamakan bodoh.. maka aku paling tolol.

Disetiap hembusan nafas ku, aku tidak sedar, terselit namanya.. aku yang begitu dingin, begitu ego tentang perasaan kerana suatu ketika dulu.. aku terluka.. aku pampangkan luka itu sebagai symbol untuk orang jauhi aku, aku heret luka itu kemana saja aku pergi.. aku pamerkan luka itu di raut wajah ku, sebagai bukti, hati ku pernah dilukai. Itu dulu.. dulu sewaktu minda ku masih buntu untuk menilai kebahagiaan. Sekarang aku jelas.. jelas apa yang aku mahukan.. tahu apa yang aku inginkan.. dan saat itu.. dia tiada disisi.


Perlahan-lahan.. airmata menitis..

Thursday, July 11, 2013

kasih dari syurga


                “tak sangka… kita dah habis kursus kan..” aku tersenyum. Lucu pula mendengar kenyataan Nadirah.
              “haah, kursus kawin dah selesai. Seterusnya apa eh?” aku mula tidak selesa, cuaca terik hari ini membuatkan aku berpeluh.
                “kita pergi tengok baju pengantin mau?” pantas aku menggeleng.
                “kita balik la. Aku nak mandilah.. tak selesa.” Nadirah mencebik, aku tersengih.
                “yang nak kawin tu aku.. yang kau pulak excited nie kenapa?”
                “mestilah aku excited… kawan baik aku nak kawin.. tak sangka kan.. lepas semua yang kau lalui..”
               “ehh sudah. Jangan dibuka cerita. jom balik!. Zip mulut tu.” Arah ku, tidak mahu cerita berlarutan. Yang lepas tu lepas.
***

                “macam mana kursus kawin?” aku yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terus disergah dengan pertanyaan emak.
                “bagilah Jasmine masuk dulu..” ujar ku sambil melabuhkan punggung ke sofa. Tangan ku mengambil alat kawalan jauh kipas dengan menekan punat lima. Seketika kemudian, ruangan itu menjadi dingin dan mendamaikan. Aku menarik nafas panjang..
                “jadi macam mana? Dah selesai?” aku mengangguk.
                “jangan lupa, malam nie keluarga pihak lelaki nak datang.”
                “dia datang tak?” membulat mata ku memandang emak, anggukan emak menambahkan debaran dihatiku.
                Perkahwinan yang dirancang keluarga, tidak pernah bertemu dengan lelaki itu, tetapi sudah dirisik, namanya yang ku tahu cuma Zam, entah Zamani, entah Zamri, atau Zam-zam, ketika emak memberitahu aku dirisik, berita itu ku sambut hambar.. tiada rasa gembira, tiada rasa apa-apa. Aku hanya bersetuju. Bagiku semua itu tidak penting. Hati dan perasaan boleh dipupuk.

 ***

                Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit, sekejap lagi tibalah pihak lelaki. Tiba-tiba aku rasa sesak nafas.. tangan sudah sejuk. Sesekali aku membelek tudung. Aduh! Sedia kah aku? Persoalan yang aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya.

                Telefon ku berdering, hurm.. Nadirah.
                “assalamualaikum… Jas, kau dah jumpa bakal suami kau tak??”
                “waalaikumsalam cik Nadirah.. belum lagi la.. kau jangan la gembira sangat. Entah-entah lepas tengok aku dia dah tak mau.” Aku berseloroh dengan  Nadirah, di hujung talian, aku mendengar ketawanya meledak.
                “nanti aku call kau balik. Dorang dah sampai la.. assalamualaikum.” Talian terus ku matikan. Terhegeh-hegeh aku bangun bila emak memanggil ku. Saat itu, debaran semakin menggila.
                Turun sahaja ke tingkat bawah, aku terus meluru masuk ke dapur. Malu, bila tetamu sudah mula memasuki ruang tamu. Tangan ku makin sejuk.
                “ai kak, takkan takut kot..” adik ku berada di dapur mengusik, aku menapar tangannya yang asyik menguyah kuih.
                “itu untuk tetamulah!” marah ku dalam kekalutan untuk menutup kegugupan sebenarnya.
                “malu la tuh..” usiknya lagi, kali ini, ku rasakan pipi ku benar-benar merona merah. Aduh si adik.

                Perlahan-lahan aku keluar ke ruang tamu, membawa dulang berisi air untuk hidangan tetamu. Saat kelibat ku mula disedari, seperti yang aku duga, semua mata memandang ku. Berhati-hati aku mengatur langkah, tidak mahu melakukan kesilapan.

                “nie la Jasmine..” emak mula memperkenalkan. Usai menghidang air, aku bersalaman. Tiba-tiba aku terhenti, seseorang jejaka dengan cermin matanya sedang merenung ku. Tangan tidak aku hulurkan, hanya senyuman. Dia pun seperti faham. Dan membalas senyuman ku.

                ***

                Seminggu berlalu, setelah perjumpaan yang pertama dengan Zam, kami sedang mula mengenali hati budi masing-masing. Hari ini kami akan bertemu untuk memilih warna tema perkahwinan.

                “awak dah makan?” Tanyanya sebaik sahaja aku masuk kedalam kereta.
              “belum lagi, awak dah?” dia tersenyum menampakkan giginya yang cantik tersusun. Sesekali dia membetulkan bingkai cermin matanya. Kacak.

 
                Sampai sahaja di kedai makan, dia memilih tempat duduk yang agak terlindung dari pandangan orang.
                “jasmine dah sedia nak masuk ke alam baru?” duduk bertentangan dengan Zam amat mendebarkan, aku hanya tunduk.
                “insyaALLAH dah.” Aku menganggat muka, mengukir senyuman paling manis untuknya. Dia turut membalasnya mesra.
              Untuk akad nikah, kami bersetuju untuk memilih warna putih. Seperti biasa, biarlah sesuci kasih yang halal. Katanya pada ku.
                ‘sesuci kasih?’ hati ku remuk. Airmata menitis pilu.

 ***

                “aku call kau, kenapa tak sambut?” Nadirah merempuh masuk kedalam bilik tidur ku.
                “aku demam la..” alasan ku, saja berdalih, saat ini aku hanya ingin bersendirian. Memikirkan adakah patut aku teruskan ikatan yang suci ini dengan penipuan yang paling hina dalam hidup ku?
                “kau kenapa nie? Aku kenal kau la Mine.. kali terakhir aku tengok kau macam nie 5 tahun lalu. Ada apa lagi nie?” aku memejam erat mata ku, terasa sesak dada ini, nafas ku tersekat. Airmata yang ku tahan akhirnya menitis juga.. Allah.. rintih ku.
                “layak kah aku Nadirah? Perempuan macam aku, layakkah untuk lelaki sebaik Zam?” dalam sendu aku bertanya.. kisah silam yang pahit, harus ku telan. Dan harus ku jalani kehidupan dengan hakikat yang terkutuk ini.
                “Ya Allah, siapa kita hendak mempersoalkan layak atau tidak? Yang berlalu tu.. biarlah berlalu. Kau mesti kuat.”
                “tapi aku tidak tergamak untuk menipunya.. apa yang harus aku katakan? Bakal isterinya dah tak suci? Dah ditebuk orang?” laju airmata menitis! Hinanya ku rasakan diri ku. Allah.. Allah.. ampuni dosa ku..
                “apa?!” tiba-tiba satu suara nyaring menyapa gegendang telinga ku. Kaget! Aku terkesima. Tidak berganjak apabila, ibu Zam berdiri dihadapan kami, dengan wajahnya yang merah menahan marah, matanya yang bulat memandang ku. Tiba-tiba bergegar seluruh tubuh ku. Rahsia yang ku simpan rapi, kini diketahui oleh bakal ibu mertua ku.
                “PENZINA!!” Tuduhan itu seolah-olah menghancurkan hati ku. Remuk.
                “makcik.. makcik.. bukan macam begitu..” Nadirah cuba menenangkan Ibu Zam, apabila wanita itu hendak menyerang ku.
                “tak sangka! Muka tampak ayu, berpakaian sopan, tapi seorang penzina! Kau tak layak untuk anak aku!” kata-kata hinaan itu ku terima dengan rembesan airmata…. 5 tahun aku hidup dengan hakikat yang perit, 5 tahun aku cuba memperbaiki diri, berazam tidak akan mengulangi kesilapan itu… setelah lelaki yang bersumpah janji setia, meninggalkan ku tanpa kata.. meninggalkan ku setelah apa yang dihajatnya tercapai. Habis madu, sepah dibuang…
                “maafkan saya makcik. Saya memang tak layak untuk anak makcik..” aku cuba bertenang, mungkin ini takdir hidup ku. Sesungguhnya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, sedangkan aku? Layakkah aku untuk bersama dengan lelaki sebaik Zam?
                “perkahwinan ini batal! Makcik jijik dengan kau, menyesal! Perempuan kotor!” ibu Zam meninggalkan aku dan Nadirah. Perginya meninggalkan kesan yang mendalam, tubuh ku mengeletar…
                “Dirah….” Ku dakap erat tubuh Nadirah, Ya Allah… hinanya aku.
                “sudah, jangan menangis Mine… kau juga layak bahagia.” Semakin kuat tangisan ku. Aku serahkan semuanya pada Mu Ya Allah…

 ***

                Malam itu, aku menunaikan solat sunat taubat nasuha, dalam doa, ku merintih meminta keampunan. Kesilapan yang ku buat dalam kelalaian dan pujuk rayu cinta nafsu. Setelah dia meninggalkan aku tanpa kata, aku hanyut mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan. Bertahun aku meyakinkan diri bahawa aku masih suci, walau hakikatnya aku kotor. Persoalan demi persoalan aku jalani kehidupan, berteman dengan Nadirah, aku menyuntik sedikit motivasi agar aku layak untuk hidup di muka bumi Allah ini. Memperbaiki diri, dan berdoa semoga aib ini tertutup, berdoa agar dia yang bertanggungjawab datang kembali. Namum, selepas 3 tahun aku dibiarkan, aku mendapat khabar yang dia sudah meninggal. Hancur luluh hati ku, pada siapa lagi harus ku berharap. Adakah aku akan hidup sendiri? Airmata terus-terus mengalir dengan penyesalan. Setiap kali ku lihat wajah emak, aku sayu.. anak yang dibanggakan, satu-satunya anak perempuannya telah mencalit arang pada wajahnya… susu ibu ku balas dengan tuba. Allah…. Layak kah aku?

 ***

                Seminggu berlalu, kini rahsia yang disimpan oleh Jasmine diketahui oleh kedua belah pihak, ibu Zam datang kerumah Jasmine sekali lagi untuk membatalkan perkhawinan. Setelah punca utama diketahui, Jasmine tidak mengatakan apa-apa.

                “macam mana jasmine boleh buat semua nie?! Selama nie, emak dan ayah dah beri didikan agama untuk Jasmine. Kami tatang jasmine seperti minyak yang penuh! Dimana silap kami? Kenapa ini balasan Jasmine untuk kami?!” suara emak Jasmine bergema di ruang tamu. Airmata Jasmine sudah kering, Cuma tubuhnya mengeletar ketakutan. Usahkan bersuara, untuk memandang wajah ibu bapanya juga dia tidak sanggup.
                “sampai hati Jasmine!” suara emaknya mula sebak, menangis penuh penyesalan. Malu bukan kepalang apabila ibu Zam datang dengan penghinaan.
                “abang tengok la anak abang tuh!” Emak Jasmine menangis lebih kuat, ayahnya pula hanya diam membisu. Baginya, hendak dimarah pun, benda sudah jadi, apa yang lebih difikirkannya… macam mana nasib anak perempuannya… akan adakah lelaki yang sudi menjadikannya isteri? Airmata lelakinya akhirnya menitis.

                “Assalamualaikum..” semua orang yang ada diruang tamu terdiam. Apabila Zam datang. Setelah kejadian itu, ini adalah kunjugannya yang pertama ke rumah Jasmine.
                “ada apa lagi? Kalau datang nak hina anak makcik, tak perlulah Zam.. ibu Zam dah buat semua tu.” Ujar Emak Jasmine sambil mengesat airmatanya.
                “bukan begitu makcik… saya datang nak cakap, yang saya akan tetap akan berkahwin dengan Jasmine walau apa pun yang terjadi.”
                Mendengar kata-kata Zam, Jasmine mengangkat mukanya… airmata mengalir lagi. Seolah-olah dunianya yang gelap kini perlahan-lahan bersinar.
                “Zam sudi terima Jasmine?” setelah lama berdiam, kini dia bersuara. Saat ini, hanya Allah yang tahu perasaannya. bersyukur tidak terkira.. masih ada lelaki yang sudi menerimanya, walau hakikatnya pahit untuk diterima.
                “maafkan ibu saya makcik, pakcik.. saya terima jasmine apa adanya.. siapa dia dulu tak penting. Siapa dia sekarang yang penting.” Saat Zam berkata begitu, Jasmine mengesat airmatanya. Lapang dadanya, seolah-olah Allah sudah memberi jawapan kepada pertanyaannya.

 ***

                Majlis perkahwinan Jasmine dan Zam diteruskan. Jasmine kelihatan manis dan anggun dengan baju kurung moden berwarna putih, dihiasi dengan labuci keemasan.
                “emak… ampunkan segala dosa-dosa mine. Mine tak ada niat hendak kecewakan emak. Demi Allah… Mine menyesal mak.” Jasmine memeluk emaknya erat. Seolah-olah tidak ingin melepaskannya. 5 tahun dia hidup dalam penderitaan. Hari ini, ya, hari ini seorang lelaki akan mengangkat maruahnya kepada seseorang yang lebih baik. insyaALLAH, dia akan jadi isteri yang solehah. Janjinya dalam hati. Agar perkahwinan ini akan mengubur segala penghinaannya terhadap diri sendiri.
                “mana pengantin perempuannya?” bapa jasmine memandang isterinya. Seharusnya Jasmine sudah keluar dari bilik. Pengantin lelaki dan para tetamu sudah sampai.
                “kejap ya bang biar saya panggil. Segan agaknya dia tuh.”

                Perlahan-lahan emak Jasmine membuka pintu. Kelihatan Jasmine sedang berbaring. “apalah budak nie… orang nak mula dia, menyempat dia tidur.” Bebelnya.

                “jasmine.. jasmine.. bangun nak. Majlis dah nak mula.” Perlahan-lahan digerakkan tubuh Jasmine, tapi tiada respon. Entah mengapa, hati emak Jasmine mula panic. Kali ini digerakkan lebih kuat lagi. Airmata mula merembes keluar. Diperiksanya nadi anaknya itu, tiada. Sejuk tangan Jasmine di genggam erat.

                “Abang!!!” jeritnya sambil memeluk sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.
                “kenapa nie?” bapa Jasmine, Zam, dan para tetamu mula memasuki bilik Jasmine dengan perasaan cemas mendengar jeritan emak Jasmine.
                “jasmine.. Jasmine dah tak ada.” Bagaikan panahan petir yang menyambar, semuanya kaku. Bapa jasmine terus meluru memeluk anaknya. Zam pula terduduk, pengantin perempuannya ‘pergi’ buat selamanya.. Allah..

 ***

                Pagi itu, seharusnya dihiasi dengan airmata kegembiraan, tetapi hakikatnya, Allah lebih menyayangi Jasmine. Sudden death, punca kematian Jasmine. Sesungguhnya Jodoh, maut semua ditangan Tuhan. Kadang-kadang kita tidak sedar, kehadiran kita dalam hidup seseorang begitu berharga. Jadi janganlah hancurkan hati seseorang. Jika belum pasti akan sesuatu, jangan terlalu berjanji. Jangan rosakan masa depan seseorang.. jaga diri sebaik mungkin. Kita manusia biasa, tidak lepas dari kesilapan, janganlah terlalu menghakimi. Kerana semuanya sudah tertulis.

 

-Tamat-

 

 

               

Tuesday, January 22, 2013

GF upahan EP4


“lambat pulak lelaki nih!!” Naya membebel sendiri. Sudah satu jam lebih dia menunggu Zaqwan di kafe. Panas cuaca semakin membakar hatinya yang panas, baru sahaja dia dapat tahu yang Zaqwan ponteng kelas hari ini, patutlah panggilannya tadi pagi tidak berjawab! Nie mesti kes malas, desis hati Naya.
Dari jauh, dia dapat menangkap kelibat Zaqwan, pantas dia berdiri dan mendekati jejaka itu.
“kenapa tak pergi kelas?” sergah Naya, Zaqwan yang melihat gadis kecik molek dihadapannya terkejut beruk.
“ko boleh jangan muncul macam hantu? Silap-silap hari bulan aku gol tahu….” Zaqwan tidak memperdulikan soalan Naya, sebaliknya dia terus beralih membiarkan Naya terpinga-pinga.
Zaqwan mengambil tempat duduk, dia hanya memerhatikan Naya yang tidak berganjak dari kedudukannya. Saat itu, Zaqwan mengambil peluang untuk memerhatikan Naya. Seorang gadis yang kecil molek, kulit putih, bertudung tapi cara pakaiannya mengikut trend semasa. Sejak asyik dia meneliti gadis itu, entah sejak bila Naya kini sudah berada dihadapannya.
“kau jangan nak buat hal ok! Kita ada perjanjian.. apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran, kehadiran, assignment, even all your life in this campus according to me? Are we clear?
“sejak bila pulak nie kau nak kongkong hidup aku? Suka hati akulah kalau aku nak pergi kelas ke tidak!” hati Zaqwan berapi-api, kelantangan Naya bercakap mencabar keegoaannya.
“kalau kau tak mahu aku sibuk hal kau, kita tamatkan saja perjanjian kita!” Naya nekad! Bukan Zaqwan sahaja yang mahu jadi pelanggannya! Rezeki tak kemana. Naya beredar, ‘buang masa aku saja tunggu dia! Dasar lelaki tak guna!’ bentak hati Naya.

“sial!!” Zaqwan menghempas begnya diatas sofa. Panas dihatinya masih belum reda. Darwin yang sedang menonton television terkejut.
“kau nie kenapa? Asal balik jak marah, asal  marah jak balik. Kau fikir rumah nie tempat kau lepaskan kemarahan?” tegur Darwin. Sifat panas baran Zaqwan kadang-kadang tidak bertempat! Dia pun naik muak.
“aku malas la dengan perempuan tuh! Aku baru tak datang kelas sekali, dia dah membebel-bebel.” Nada suara Zaqwan berubah, dia sedar tidak seharusnya dia melempiaskan perasaan marahnya pada Darwin.
“siapa? Gf upahan kau ke?” duga Darwin, melihat anggukan Zaqwan, dia tersenyum. Dia sudah agak perkara ini akan terjadi. Darwin yang mencadangkan Zaqwan untuk mengupah Naya, itupun dari cerita yang didengar oleh senior-seniornya.
“haah, siapa lagi kalau bukan perempuan tu!” Zaqwan menutup matanya, terbayang-bayang wajah Naya.
“owh ya, sebelum aku terlupa… esok kau ada test! Good luck!” ujar Darwin sambil ketawa-ketawa meninggalkan Zaqwan diruang tamu.
“what!!!” oleh disebabkan terkejtu, Zaqwan terjerit. Alamak, matilah aku… macam mana nie??!!

“Leah.. tolong aku pujuk dia.. pleaseeee” rayu Zaqwan kepada Leah. Sudah sejam lebih Zaqwan menunggu Naya di bawah asrama perempuan, tetapi Naya tetap jugak tidak mahu mahu turun.
“aku dah puas pujuk dia. Dia cakap kontrak kamu dah batal.” Leah sendiri binggung. Balik sahaja dari kelas, Naya terus menangis. Tidak pernah Leah melihat Naya menangis sejak seseorang itu pergi.
“aku tau aku salah.. please… I need to talk to her!” apa pun terjadi, Zaqwan akan mendapatkan Naya kembali. Hanya Naya satu-satunya harapan untuk dia pass test esok. Dia mengaku, sejak Naya atur kuliah dan masa tutorialnya, sedikit sebanyak dia dah ada kemajuan sedikit.
“kau call la dia.. tak pun text dia.” Itu sahaja yang Leah boleh cakap, Naya memang seorang yang keras kepala, susah sikit nak pujuk dia.
“dah byk kali aku call, aku text dia pun dah berbelas-belas tapi dia masih tak balas. Hurm, kau bawa aku naik pergi atas boleh?”
“what?!” terbeliak mata Leah mendengar permintaan Zaqwan.
“kau jangan nak wat kerja gila eh, tak pasal-pasal kena ambik tindakan.” Sambung Leah lagi, sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“dah tu? Kau nak aku gagal test esok? Masak la aku dengan papa kalau macam nie.” Zaqwan menggaru-garu kepalanya. Binggung!
“subjek apa? Kalau aku boleh bantu aku bantu.” Kali nie Leah menawarkan bantuan, agak berbunga-bunga hati Zaqwan.
“business Law.” Mendengar nama subjek tuh, Leah tersenyum sinis.
“maaflah Zack, kalau bab nie.. Naya pakar. Aku pun repeat. Hehehe”
“kau nie!! Tak kira aku nak Naya jugak!” Kali ini Zaqwan sudah mula memanjat anak tangga untuk ke asrama perempuan.
“ehhhehhh jangan cari bala!!” Leah menarik tangan Zaqwan, menahan lelaki itu daripada memasuki kawasan larangan!
“kau tunggu sini kejap, aku pergi panggil naya!” arah Leah sebelum dia hilang dari pandangan.

“naya.. tolong lah. Dia ada kat bawah tu.. dia cakap, kalau kau tak mau turun dia yang naik pergi sini.”
“gila! Suruh dia balik. Kami dah tak ada apa-apa kontrak. Aku sibuk!” Naya membuang muka, malas hendak melayan Leah yang menjadi orang tengah untuk Zaqwan.
“kau nie.. tak baik marah-marah dia, dia tuh dalah dalam masalah. Pagi tadi dia tak pergi kelas sebab dia hantar mak dia sakit. Mak dia masuk hospital la.” Tiada cara lain. Leah harus menipu. Maafkan aku Naya… rintih Hati Leah.
Mendengar kata-kata Leah, hati Naya terpujuk sedikit. Patutlah dia bad mood… mesti dia risau pasal mak dia.
“owh.. tapi kenapa dia tak cakap dengan aku?” tanya Naya.
“taulah lelaki nie, mana semua benda dorang nak cerita. Kan.” Naya mengangguk-angguk mengiakan kata-kata Leah.

P/S: tima kc sebab baca.. kalau sudi sila2 la komen.. ^_^

Saturday, January 19, 2013

GF upahan EP 3


Pagi itu, Naya terlambat bangun kerana tidur lewat malam. Kelam kabut dia mandi dan bersiap untuk ke kelas. Sempat dia capai kontrak yang dibuatnya semalam.
“leah, aku pergi kelas dulu.” Naya sempat memberitahu Leah yang masih berbungkus selimut. Maklumlah kelasnya mula pukul 10. Naya berlari-lari menuruni anak tangga yang merupakan jalan pintas untuk ke bangunan akademik. Sebenar itu bukan jalan pintas pun, pelajar harus menuruni banyak anak tangga. Boleh kurus dibuatnya.
Sampai sahaja dibilik kuliah Naya semput, dia hanya mampu mengangkat tangan kepada pensyarah yang sudah berada dibilik kuliah. Sempat Naya mengerling jam tangannya, tepat pukul 8 pagi!
“Naya.. kenapa ko lambat?” tegur Jehan.
“aku lambat bangun la.. wat kontrak nie.” Naya menunjukkan kontrak itu kepada Jehan.
“aik ko dapat ‘BF’ baru lagik? Hahaha dah lama kan kau tak ada ‘BF’ sejak abang…” belum sempat Jehan menghabiskan ayatnya. Naya menyikunya.
“sudahlah aku tak mau bukak cerita pasal hal tu lagi.” Entah mengapa, Naya tidak mahu mendengar nama seseorang itu. Hatinya masih terluka.. argh biarlah, asalkan dia bahagia.

Tepat pukul 10 pagi, kelas habis, telefon bimbit Naya berbunyi, tertera nama ‘leah’
“hello leah, ada apa?”
“eh kau dimana nie? Jumpa aku di kafe sekarang, lelaki hari tu carik kau lah.” Seketika kemudian, panggilan dimatikan. Naya hairan, mengapa mesti Leah yang ‘excited’?
Sampai sahaja di kafe, Naya mengulurkan kontrak kepada jejaka tersebut. Kali ini, jejaka itu berkemeja putih, dan berseluar hitam, agak formal dari sebelumnya.
“kau baca dulu sebelum tanda tangan.. apa-apa tak puas hati, kau boleh call aku directly. Tak payah nak orang tengah.” Naya sengaja menekan perkataan ‘directly’. Sebenarnya dia tidak berapa suka kalau Leah turut terlibat dalam hal nie.. cukuplah kisah dulu.
“eh ya ka? Aku call kawan ko pun sebab dia kata kau busy nak sambut call orang lain.” Naya memandang Leah yang sudah gelabah.
“lain kali aku dah tak busy dah.”
“ok.. oh ya nama aku Zack.” Lelaki itu menghulurkan tangan. Naya menyambutnya dingin tanpa senyuman.
“naya zimah.”

Pagi-pagi lagi, telefon bimbit Zaqwan berbunyi. Liat rasanya untuk menjawab telefon, tetapi tertera nama NAYA ZIMAH pantas dia bangun.  Sudah 3 hari, Naya akan menelefonnya seawal 6 pagi. Selagi dia tak sambut, selagi itulah Naya akan terus mendail dan menghantar pesanan ringkas kepadanya.
Dia masih ingat, ketika Naya meminta jadual kelasnya.. habut jugak dia mencari jadual kerana selama ini tidak pernah peduli dengan jadual. Darwin la yang menolongnya sebelum ini. Kini semua jadualnya berada digengaman Naya, setiap kali habis kelas, Naya akan memaksanya pergi ke perpustakaan untuk tengok apa yang dia sudah belajar dan semak kalau ada assignment.
Setakat ini, Zaqwan merasakan dirinya amat terpenjara dengan sikap Naya.. dia rasa tertekan dan amat terkongkong. Ala-ala PLKN pun ada jugak!

GF upahan EP 2


“Naya! Ada orang carik kau lah..” gadis yang sedang sibuk dengan nota-notanya itu mendongak memandang Leah yang tercungap-cungap.
“siapa?” matanya kembali menatap nota-nota comel yang sedang asyik dibacanya.
“manalah aku tau. Ko pergi la turun cepat!” Leah begitu bersemangat! Naya mendengus, rasa sayang untuk membazirkan masa kerana sekarang dia dalam ‘mood’ belajar.

Sebaik sahaja sampai dibawah asrama, Leah mendekati kereta mewah berwarna putih. Naya hanya mengikut dari belakang.
“hai…” Leah menyapa seorang lelaki yang sedang bersandar dipintu kereta. Mata Naya tertumpu pada jejaka itu. Berbaju biru muda, berseluar jeans, dan berkaca mata hitam. Dari tepi memang Nampak kacak dan bergaya.
“mana kawan kau tuh?” suara lelaki itu serak! Terhegeh-hegeh Leah menarik Naya.
“nielah dia!!” semangat sungguh Leah nie.. desis hati Naya.
“kau ikut aku sekejap, aku ada hal nak cakap dengan kau.” Leah memimpin Naya masuk ke dalam kereta. Naya binggung, dia tidak sempat untuk membuat keputusan apabila kereta sudah pun meluncur laju.

Didalam kereta, mereka berdua membisu. Masing-masing tidak tahu untuk memulakan bicara. Naya jadi cuak, dia bosan! Masanya rasa terbuang dengan pertemuan yang tidak berguna ini.
“kau nak apa?” gadis kecik molek itu memeluk tubuh sambil memandang jejaka yang sedang memandu disebelanya.
“jom jadi GF aku!” bagaikan hendak tercabut jantung Naya.
“kau dah gila ka apa?” nyaring suara Naya membuatkan lelaki itu memberhentikan kereta secara mengejut!
“kau mau bunuh aku ka?? Ha!!” marah Naya, lelaki itu membuka cermin matanya, memandang Naya geram!
“Cik!! Aku belum pekak lah!! Yang nak jerit-jerit nie kenapa?!” kini giliran Naya pula terkedu! Dia terdiam, kemudian dia sedar, sebenarnya dilah yang salah.
“ok. Sorry.. kenapa kau tiba-tiba nak aku jadi GF kau? Aku kenal pun tidak!” Naya memuncungkan bibirnya. Lelaki tersebut tersengih.
“ehh bukan kau nie ambik upah jadi GF orang ke? Yang sekarang tiba-tiba panik nak pengsan kenapa pulak?” mendengar kata-kata lelaki tersebut, Naya tersengih. Ya! Jadi kekasih upahan adalah salah satu daripada kerja separuh masanya. Kedengaran gila, murah, dan bodoh! Tapi itulah dia Naya buat sejak 2 tahun lalu.
Kekasih upahan ataupun GF upahan, Naya hanya jadi orang yang akan bertanggungjawab untuk bagi bangun, check assignment, tolong buat research, dan bagi tutorial kepada ‘BF’ tersebut. Tidak lebih! Hanya sebatas itu.
“maaflah aku emo sikit tadi.. ok, tapi kita kena sign kontrak dulu.”
“well, kau prepare contract tuh, then aku sign. Tapi berapa kau  nak bayaran?”
“terpulang dari kau.”
“biasanya berapa?”
“usually, dorang bayar aku RM400 sebulan.”
“wahhh mahalnya…” mendengar amount yang disebutkan Naya, jejaka tersebut mula rasa ragu..
“bagus tak servis kau sampai bayar macam tuh sekali?” pertanyaan tersebut membuatkan Naya tersentak.
“macam beginilah, kalau kau tak mau bayar macam harga tu, kita buat trial untuk satu atau 2 minggu. Kalau kau puas hati then teruskan kalau tidak.. tak payah la. Kira contract kita batal. Ok?”
Perbincangan demi perbincagan, akhirnya Naya dan lelaki tersebut bersetuju untuk tempoh percubaan.

GF upahan EP 1


“matilah aku…mati!!” Zaqwan memandang keputusan semester lepas. Dia dalam perhatian 2, aduhhh! Kalau begini, sekali lagi dia gagal, dia akan dibuang dari Universiti. Otaknya buntu, apa yang harus dia katakan pada Papanya.
“kau kenapa nie Zack?” Darwin, kawan serumah Zaqwan, menepuk lembut bahu rakanya yang kelihatan begitu tertekan.
“aku fail lagi la… argh!!” bagai hendak dihempas laptop yang ada dihadapnnya. Dia mengetap bibir. Darwin ketawa melihat Zaqwan.
“memang nga sem la kau gagal, pernah kau belajar? Datang kelas pun malas..” kata-kata Darwin semakin menghangatkan hati Zaqwan.
“kau nie!! Dalah aku tengah tension, aku bagi kau penumbuk nie.. baru rasa!” Darwin menekup mulutnya, apabila Zaqwan menunjukkan penumbuk kepadanya.
“relex la… kau ada satu sem lagi untuk bertahan..” Zaqwan  berdiri dan terus meninggalkan bilik itu. Panas hatinya bukan kepalang, dia takut kalau-kalau dia melepaskan amarahnya  pada Darwin, walhal, dia tahu… itu semua adalah salahnya sendiri.

Zaqwan memandu keretanya menuju ke rumah kekasihnya, Fellin. Sampai sahaja dihadapan rumah Fellin, Zaqwan mendail nombor telefon Fellin.. tut..tut..tut… panggilan Zaqwan tidak berbalas. Hatinya mula rasa jengkel kerana hampir setengah jam dia cuba menghubungi Fellin. Zaqwan keluar dari kereta, dia melihat keadaan rumah Fellin yang terang benderang. ‘mana pulak perempuan nie..?’ desis hatinya.
Zaqwan keluar dari keretanya, hurm.. pagar tidak berkunci. Entah mengapa hatinya rasa semacam, dia masuk tanpa dijemput. Dia mendekati tingkap yang berbuka, matanya yang sipet terbeliak melihat adegan panas kekasihnya dengan lelaki lain!
“kurang ajar!! Woii bukak pintu nie!!” bagaikan dirasuk, Zaqwan mengetuk pintu dengan kuat! Dihatinya panas!
Terkocoh-kocoh Fellin membuka pintu. “ehh Zack, apa kau buat disini?” rambut Fellin kusut masai, bagaikan mendidih hati Zaqwan!
“buat apa aku disini? Kau buat apa dengan binatang tuh? Hah!” jerkah Zaqwan. Fellin tersengih.
“ala relax la, saja jak tuh suka-suka. Kau pun bukannya tak pernah dengan perempuan lain.” Zaqwan menggeleng kepala. Hatinya bagaikan dijerut!
“lantak kau lah!” Zaqwan terus berlalu. Panggilan Fellin tidak dihiraukan. Saat ini, dia hanya mau ketenangan. Ego lelakinya tercalar, kekasihku bermain kayu tiga!